PENGENALAN
Program ini dirangka bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah yang merupakan peserta pertandingan tentang kepentingan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau lebih dikenali sebagai ‘STEM Education’. Selain daripada itu, program dan pertandingan yang dirangka sangat menitikberatkan tentang elemen pengaplikasian ilmu STEM kepada peserta. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, kerajaan melalui ‘Malaysian Industry-Government Group for High Technology, (MIGHT) telah melancarkan inisiatif pengukuhan Sains di negara ini melalui ‘Science to Action’ atau S2A. S2A telah pun dilancarkan dalam memastikan penguasaan ilmu Sains dikalangan rakyat Malaysia ke arah negara maju 2020 menjadi kenyataan.
Program yang dirangka ini juga bakal membuka minda dan menarik minat masyarakat sekaligus memberi peluang kepada mahasiswa/i mahupun pelajar sekolah untuk melibatkan diri dalam pengukuhan ‘STEM Education’. Sebagai sebuah fakulti yang terlibat secara langsung dalam bidang ‘STEM Education’ selain menghasilkan prospek guru di Malaysia, maka Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA (UiTM) terpanggil bersama-sama pihak MIGHT dan agensi lain yang terlibat dalam menganjurkan pertandingan berbentuk S2A selain mendokong hasrat kerajaan Malaysia dalam memastikan pengukuhan Sains di negara ini dapat dijayakan.
Dalam program ini, pelbagai pengisian dan acara telah pun dirancang merangkumi, bengkel pengukuhan Sains, seminar dan pameran pendidikan Sains selain aktiviti berbentuk pertandingan yang bakal melibatkan pelajar sekolah diseluruh Malaysia. Beberapa pertandingan utama telah dirangka dalam merebut hadiah lumayan yang telah ditawarkan untuk setiap pertandingan selain sebuah piala pusingan yang akan dimenangi oleh sekolah yang memperoleh kiraan mata tertinggi dalam setiap acara yang dipertandingkan.