SISTEM KIRAAN MARKAH MERIT UNTUK SETIAP PERTANDINGAN
1) Setiap penyertaan akan diberikan sebanyak 30 markah merit bagi setiap pasukan yang mewakili sekolah masing-masing.
***Pasukan yang diberi tiket percuma kerana menjadi JUARA KESELURUHAN dan JUARA SETIAP PERTANDINGAN dalam MINISCITECH2018 adalah TIDAK LAYAK untuk mendapat 30 markah merit ini***
2) Pemenang bagi setiap pertandingan untuk setiap pasukan yang mewakili sekolah akan diberi markah merit seperti berikut;
- Juara (100 markah merit)
- Naib Juara (75 markah merit)
- Tempat Ketiga (50 markah merit)
3) Jumlah markah merit akan dikira untuk kelima-lima acara pertandingan berdasarkan keputusan pertandingan dan jumlah penyertaan untuk setiap pasukan mewakili sekolah masing-masing.
4) Markah BONUS sebanyak 100 markah merit akan diberikan kepada sekolah yang menghantar pasukan untuk kesemua acara pertandingan yang ditawarkan.
***TIDAK TERMASUK pasukan yang mendapat tiket percuma untuk menyertai SCITECH2018***
5) Jika sekiranya pihak sekolah menghantar lebih dari satu pasukan untuk acara pertandingan yang sama dan pasukan-pasukan dari sekolah yang sama ini memenangi lebih dari satu kejuaraan (Juara, Naib Juara atau Tempat Ketiga), HANYA markah merit bagi pasukan yang memenangi tempat tertinggi sahaja akan diambil kira untuk kiraan mata bagi acara pertandingan tersebut. Namun pasukan-pasukan ini tetap membawa pulang kejuaraan yang dimenangi untuk acara pertandingan tersebut.
6) Sekolah yang mempunyai jumlah markah merit keseluruhan tertinggi sepanjang SCITECH2018 berlangsung akan dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN SCITECH2018 dan akan membawa pulang HADIAH UTAMA SCITECH2018