Syarat UMUM Pertandingan SCITECH2017
1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar sekolah yang berumur antara 13 hingga 18 tahun.
2. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM130.00 bagi setiap pasukan untuk satu pertandingan.
3. Semua transaksi pembayaran hendaklah dibuat terus ke dalam akaun rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
4. Sila simpan bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengeluaran resit oleh pihak Bendahari UiTM.
5. Maklumat pembayaran adalah seperti berikut;
12168010003457 (No Akaun)
Bank Islam Malaysia Berhad
Universiti Teknologi MARA
6. Semua kos penyediaan kelengkapan pertandingan dan pengangkutan kontinjen sekolah adalah tanggungan pihak sekolah masing-masing.
7. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai SATU (1) pertandingan sahaja. Peserta yang sama tidak boleh menyertai pertandingan lain.
8. Pendaftaran peserta kontinjen sekolah hendaklah dilakukan setelah pembayaran yuran dilakukan. Kaedah pendaftaran pertandingan adalah melalui atas talian dalam laman web SCITECH2018 iaitu www.scitech2018.weebly.com
9. Tarikh tutup pendaftaran pertandingan adalah pada 1 Oktober 2018.
10. Sebarang permasalahan dan pertanyaan bolehlah terus menghubungi Pengarah Program bagi setiap pertandingan melalui talian telefon yang telah disediakan dalam laman web SCITECH2018.
11. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan daripada Pengetua Sekolah masing-masing.